Hubungi saya

Saturday, November 2, 2024

Video Peribahasa : Bagai aur dengan tebing

 Contoh penjelasan yang lebih mendalam tentang maksud dan penggunaan peribahasa "BAGAI AUR DENGAN TEBING.'' Selamat menonton!😁






SOALAN-SOALAN PERIBAHASA

Arahan: Berdasarkan gambar diberi, tuliskan peribahasa yang sesuai.


A) 


B)  



C) 









PERIBAHASA

MAKSUD PERIBASA:
Peribahasa adalah suatu susunan kata dalam bentuk kiasan dan berlapik yang mempunyai pengertian tersirat. Susunan kata-kata kiasan ini tercipta berdasarkan pengalaman kehidupan seharian oleh masyarakat.


6 JENIS PERIBAHASA:





1. SIMPULAN BAHASA: 
Simpulan bahasa merupakan jenis peribahasa yang paling mudah dan ringkas. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata.

Contoh Simpulan bahasa: 
  • Buah Tangan
  • Batu Api
  • Cepat Tangan
2. BIDALAN
Bidalan ialah peribahasa yang menekankan bandingan dan teladan. 
Bidalan mengandungi pengajaran dan pemikiran yang bernas.
Perkataannya pendek dan mudah dingati.

Contoh Bidalan:
  • Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya : Kerja yang sudah dimulakan hendaklah diselesaikan.
  • Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna: Berfikir dengan teliti sebelum mengambil sebarang tindakan
3. PEPATAH
Pepatah merupakan ungkapan yang padat dan ringkas serta mengandungi pengajaran dan nasihat.

Contoh Pepatah:
  • Ikut kata hati mati, ikut rasa binasa:  Orang yang mengkikut hawa nafsu akan musnah akhirnya.

4. PERUMPAMAAN 
Perumpamaan ialah peribahasa perbandingan dengan sesuatu yang lain. Ia mengandungi pengajaran. Biasanya ayat perumpamaan mengandungi perkataan bagai, ibarat, laksana, seperti dan macam.

Contoh Perumpamaan:
  • Bagai aur dan tebing : Tolong-menolong antara satu sama lain
  • Seperti talam dua muka: Pandai bermuka-muka

5. KATA-KATA HIKMAT
Kata-kata hikmat ialah perkataan bijak pandai yang mengandungi pengertian yang tinggi. Biasanya perkataannya mudah dan ringkas untuk disebut.

Contoh Kata-kata hikmat:
  • Bahasa Jiwa Bangsa : Bahasa itu semangat sesuatu bangsa
  • Masa itu emas: Masa itu sangat berharga

6. BANDINGAN SEMACAM
Bandingan semacam ialah perkataan yang membandingkan sesuatu situasi dengan sesuatu yang lain. Perkataan seperti, laksana , dan bagai juga digunakan.

Contoh Bandingan Semacam:
  • Cepat seperti kilat : Sangat pantas
  • Rajin seperti semut : Sangat rajin





Bahasa Melayu

 Hi dan assamualaikum semua murid-murid cikgu. Nama cikgu, cikgu Izzati. Di sini cikgu ingin membantu murid-murid untuk memahami dan mempelajari subjek Bahasa Melayu di sekolah rendah mahupun sekolah menengah dengan lebih baik dan menyeronokkan! Dah sedia? Jom! 



P/s: Ni gambar cikgu semasa naik bukit Tok Dun, Perlis 😁

Video Peribahasa : Bagai aur dengan tebing

 Contoh penjelasan yang lebih mendalam tentang maksud dan penggunaan peribahasa "BAGAI AUR DENGAN TEBING.' ' Selamat menonton...